Ringkasan masa sebelum kenabian

Penghulu kita Muhammad bin Abdullah dan Aminah Al Quroisyah ialah penutup sekalian nabi-nabi dan utusan Allah kepada semua nabi, supaya mereka menyembah Allah semata-mata, dan supaya mereka tidak menyekutukan sesuatu dengan Allah.

Dilahirkan Nabi saw di Mekah, pada hari senin, tanggal 12 Robiul Awal. Ayah beliau meninggal sebelum beliau dilahirkan dan dikubur di Madinah. Lalu ibunya yang mengasuh beliau. Sesudah ibunya, beliau disusui oleh Tsuwaibah Al Aslamiyah, kemudian oleh Halimah As Sa’diyah.

Pada umur 6 tahun, meninggallah ibu Nabi di Abwaa’. Lalu beliau dipelihara oleh Ummu Aiman dan ditanggung oleh datuknya. Pada umur 8 tahun, meninggallah pula datuknya, lalu beliau ditanggung oleh pamannya, yaitu Abu Tholib.

Ketika berumur 9 tahun, berlayarlah nabi bersama pamannya. Abi Thalib, ke negri Syam. Seorang pendeta bernama Buhairaa melihat nabi dan mengenal akan beliau.

Pada masa umur 25 tahun. Rosululloh saw berlayar dengan membawa dagangan siti Khadijah dan sesudah kembalinya dua bulan, Nabi menikah dengan Khadijah. Sedang Siti Khadijah pada waktu itu berumur 40 tahun. Ketika berumur 35 tahunbeliau bersatu dengan kaum Quroisy dalam mendirikan ka’bah dan beliau memberi putusan diantara mereka tentang perletakan Al Hajarul Aswad di tempatnya.

Beliau termasyhur antara kaumnya dengan sifat-sifatnya yang terpuji. Mereka cinta kepadanya dan menghormatinya hingga mereka gelarkan beliau “Al Amien”

Sesungguhnya Allah telah memelihara nabi dari amal-amal orang jahiliyah. Beliau suka menjauhkan diri dari pergaulan dengan manusia ketika umurnya hampir 40 tahun. Adalah Nabi suka menjalankan ibadahnya di Gua Hira’ menurut agama datuknya yaitu nabi Ibrahim.

You can skip to the end and leave a response. Pinging is currently not allowed.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *